Sejarah BADAR SBPIJ

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah, rasa syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana kita masih diberikan nikmat iman dan islam. Unit Bina Insan adalah sebuah unit yang menjalankan aktiviti kerohanian di SBP Integrasi Jempol . Unit ini ditubuhkan sebaik sahaja SBP Integrasi Jempol dibuka iaitu pada   tahun 2002. Selain itu Penubuhan unit adalah bertujuan memelihara dan mewujudkan seruan amar makruf nahi munkar di sekolah. Dengan tertubuhnya organisasi dakwah ini bi'ah islami di sekolah secara tidak langsung dapat dilaksanakan dalam kalangan pelajar. Bertepatan dengan moto, Ilmu memantapkan Iman, pelbagai program direncana bagi melahirkan insan yang bertaqwa di samping mempunyai intelektual berwibawa. Pada tahun 2005, unit Bina Insan ditukarkan kepada Badan Dakwah dan Rohani iaitu singkatannya BADAR. 

Melalui laman sesawang yang dibina ini, insyaAllah pelbagai informasi dan ilmu dapat dikongsi bersama tidak kira buat pelajar-pelajar yang masih menuntut di INTEJ mahupun bekas-bekas pelajar INTEJ. Di samping itu, idea dan sumbang saran daripada badan-badan dakwah sekolah-sekolah lain digunakan untuk memperkasakan lagi institusi dakwah ini.

Akhir kalam, semoga perkongsian di sini memberi manfaat buat kita semua. Salam perjuangan kami hulurkan buat para pengunjung.

Admin

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...