2009-09-29

JULUNG KALINYA BADAR MENDAPAT ANUGERAH SBPIJ..TAHNIAH


10 Syawal 1430h bersamaan 30 September 2009, sebuah program telah dianjurkan oleh pihak sekolah iaitu Hari Anugerah SBP Integrasi Jempol 2009. Antara pengiktirafannya adalah Anugerah HEM, Anugerah Kokurikulum dan Anugerah Sistem Rumah. Di dalam sesi Anugerah Hem, Mantan Presiden BADAR telah menerima anugerah bagi mewakili Saff Kepimpinan BADAR 2008/09 kerana memberi sumbangan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kerohanian di SBP Integrasi Jempol. Mantan Presiden iaitu Akhi Muhammad Ayyub Azizan telah menyatakan dengan penganugerahan ini boleh menaikkan imej BADAR dan menjadi motivasi kepada Saff Kepimpinan BADAR pada tahun akan datang. Harapan beliau terhadap Saff Pimpinan BADAR 09/10 agar lebih baik daripada tahun ini dan mereka perlu membuat banyak lagi penambahbaikan.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...