2009-09-15

KPO BADAR 2009



Pada 11 hingga 13 hb September 2009 bertempat di makmal komputer SBPIJ, satu program telah dianjurkan oleh Badar SBPIJ iaitu Kursus Pengurusan Organisasi BADAR sesi 2009-2010. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Saff Pimpinan yang baru mengenai bidang-bidang tugas dalam organisasi BADAR khususnya. Selain itu, program ini adalah untuk mengeratkan ukhwah sesama ahli. Selama 3 hari 1 malam, pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya Perancangan Takwim Aktiviti BADAR tahun 2010 dan Pembentangan Aktiviti Biro. Antara Guru Penasihat BADAR yang terlibat adalah Ustaz Umar Al Farooq Bin Ishak, beliau juga banyak memberi tunjuk ajar mengenai cara mengendalikan BADAR ini. Semua Guru Penasihat BADAR hadir dan telah banyak berkongsi idea untuk memantapkan BADAR pada tahun depan.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...