2009-11-15

Program "Ziarah BADARSBPIJ" ke SMKA Sheikh Mohd Said



12 November, Badar SBPI telah mengadakan lawatan penanda aras (benchmarking) ke SMKA SHAMS. Lawatan ini dinamakan sebagai program Ziarah BADARSBPIJ. Seramai 32 orang Exco dan 2 orang guru penasihat yang mengikuti lawatan ini. Lawatan ini disambut oleh Exco BADAR SHAMS dan pihak pengurusan SMKA SHAMS. Antara aktiviti yang telah disediakan oleh Badar SMKA SHAMS adalah diskusi pemimpin dan lawatan ke bilik BADAR SHAMS. Selain dapat mengetahui kebitaraan BADAR SHAMS, program ini dapat mengeratkan ukhwah antara kedua-dua sekolah. Mudah-mudahan dengan adanya program ini, ia dapat memberi suntikan semangat dan idea kepada Exco Saff Pimpinan BADAR SBP Integrasi Jempol sesi 2009/2010 dalam memantapkan aktiviti-aktiviti kerohanian di SBP Integrasi Jempol.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...