2010-02-07

AGM Badar Kali Pertama 2010




6 Februari, telah berlangsungnya program Annual General Meeting (AGM)BADAR 2010 kali pertama di surau Ar Raudhah SBP Integrasi Jempol pada jam 7.45 malam td. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang pertama sejak BADAR ditubuhkan disekolah ini. Salah satu agenda mesyuarat ini diadakan adalah untuk menerangkan fungsi BADAR dalam Sekolah seterusnya menyatakan perancangan Taqwim BADAR pada sesi 2010. Penerangan tersebut disampaikan oleh Sdr Syed Zainuddin selaku Presiden Saff Pimpinan BADAR SBPIJ. Beberapa orang Majlis Guru Penasihat BADAR turut hadir antaranya, Ustaz Umar, En Suhaimi, Ustazah Nor Hasiah, Ustazah Siti Hawa, Ustazah Syamimah, Ustazah Wan Adawiyah dan Cik Siti Rosshida bersama-sama meraikan AGM BADAR 2010. Program itu juga telah dirasmikan oleh Ustazah Nor Hasiah Bt Harun selaku Penyelaras BADAR SBPIJ dan setrusnya merasmikan tabung surau Ar Raudhah buat pertama kalinya. Tetamu yang hadir adalah mantan exco BADAR dan juga bekas pelajar SBP Integrasi Jempol iaitu sdr Ahmad Helmi, dalam ucapan beliau itu beliau bangga kerana para pelajar sudah mengetahui peranan BADAR di sekolah dan tujuan BADAR ditubuhkan. Kami Biro Penerbitan ICT mengucapkan tahniah di atas Majlis AGM tersebut dan berharap agar aktiviti kerohanian yang dijalankan oleh SP BADAR dapat membentuk sahsiah dan akademik warga SBP Integrasi Jempol. InsyaAllah

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...