2010-02-01

Minggu Silaturahim Tingkatan 1 Bersama BADAR




Pada 11 Januari 2010, UBK SBP Integrasi telah mengadakan minggu silaturahim untuk pelajar tingkatan 1 sesi 2010 selama 2 minggu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk pelajar tingkatan 1. Antaranya adalah Slot Ukhwah Bersama BADAR menjadi salah satu slot yang ditunggu-tunggu oleh pelajar baru iaitu pada 18 Januari 2010 selama 2 Jam. Objektif utama slot ini diwujudnkan adalah untuk memperkenalkan Saff Pimpinan BADAR 2010 kepada adik-adik tingkatan 1. Selain itu juga SP Badar menyediakan slot LDK yang menarik untuk pelajar tingkatan 1 yang lebih kepada kerohanian. Kerjasama antara UBK dan SP Badar dapat mewujudkan suasana biah solehah di SBP Integrasi Jempol. InsyaAllah.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...