2010-11-07

Liqa Sanawi BADAR Kali Ke 2

gambar 1
gambar 2
gambar 3
gambar 4

26/10/2010- Saff Pimpinan BADAR 2011 telah mengadakan Liqa Sanawi Kali Ke 2 dengan jayanya. Salah satu objektif program ini dijalankan adalah untuk meraikan Mantan Saff Pimpinan BADAR 2010 iaitu dikalangan pelajar tingkatan 5. Semua guru penasihat dijempu hadir. Antara agenda utama dalam majlis ini ialah simbolik penyerahan tugas BADAR 2010 kepada BADAR 2011. Beberapa amanat telah diberikan oleh KB Badar 2010 kepada SP Badar yang baru. Secara keseluruhannya, LS II berjalan lancar. Program berkhir dengan jamuan makan dan penyampaian cenderahati kepada mantan BADAR dan MGP Badar 2010 yang berkhidmat sepanjang tahun 2010. Pemerhatian dari Biro ICT BADAR 2011 menyimpulkan bahawa Saff Pimpinan BADAR 2010 telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang mereka bertugas. dan akhir sekali, kami mengucapkan abg-abg dan akak-akak BADAR 2010 berjaya dalam SPM kelak. Mabruk Alaik.

gambar 1= Bergambar bersama Mantan BADAR 2010
gambar 2= AJK Liqa Sanawi II (LS II)
gambar 3=Mantan BADAR sedang khusyuk mendengar amanat Ustaz Umar (Guru Penasihat BADAR)
gambar 4 = Cenderahati kenangan kepada Mantan BADAR 2010 oleh Tn Haji Kamarularipin Jaffar (GPK Akademik wakil pengurusan)

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...