2011-01-10

KKQ 2011...




9 dan 10 Januari 2011, program KKQ iaitu Kelas Kemahiran Al Quran telah bermula semalam, Ustaz Syamsul Aqmar selaku Guru Penasihat KKQ telah mengambil masa dua malam untuk membuat pembahagian kumpulan KKQ mengikut tingkatan. Semua guru KKQ hadir untuk melancarkan lagi pembahagian tersebut. Penyelaras BADAR selaku penyelaras KKQ iaitu Pn Nor Hasiah telah membuat penerangan tentang program KKQ kepada pelajar menengah rendah. Program KKQ ini merupakan program wajib bagi semua pelajar untuk mengikutinya. Salah satu objektifnya adalah melahirkan pelajar SBPIJ yang menghayati Al Quran dalam kehidupannya. Pelbagai lagi program tambahan dibawah KKQ antaranya ialah Permulaan Seorang Penghafaz Al Quran (PESPAQ), Satu Pelajar Senaskhah Al Quran (SPA-Q) dan Majlis Tilawah Al Quran (MTAQ). Biro ICT sekali lagi mengucapkan tahniah kepada guru dan BADAR kerana telah menyemarakkan lagi program BADAR tahun 2011. Mudahan-mudahan program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar SBPIJ apabila keluar dari SBPIJ kelak.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...