17 Jan, Saff Pimpinan BADAR 2011 telah dijemput untuk pengisian slot kerohanian Minggu Orientasi Ting. 1 (pelajar baru). Program tersebut dijalankan selepas program Muktamar Sanawi BADAR 2011 kali ke 3. Objektif slot tersebut untuk memberi pendedahan kepada pelajar tingkatan 1 tentang fungsi dan peranan BADAR di sekolah. Selain itu juga, pembahagian abang angkat dan kakak angkat dikalangan adik-adik untuk memastikan pelajar tingkatan 1 selesa dan faham dengan persekitaran Islamik di SBPIJ.