2012-01-11

KPO Program Pembuka Tirai Tahun 2012

peserta KPO khusyuk mendengar amanat dari Guru BADAR

peserta sedang menasyidkan lagu tema KPO 2012
 
penyampaian buku nota untuk peserta KPO 2012
6 Januari- Pihak pengurusan BADAR telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi iaitu KPO 2012. Ia merupakan salah satu program tahunan BADAR. Salah satu objektif KPO ini adalah memberi penerangan tentang tugas BADAR secara terperinci. Selain itu ia juga dapat merapatkan ukhwah antara pemimpin BADAR. Ustaz Umar selaku guru penasihat BADAR telah memberikan pelbagai ilmu yang bermanfaat kepada peserta KPO. Peserta KPO adalah pemimpin BADAR sesi 2011/2012. Peserta memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang program ini diadakan. Harapan Ustaz Umar selaku penceramah & Guru BADAR agar BADAR tahun 2012 ini bergerak dalam sebuah organisasi yang mantap dan cemerlang seiring dengan motto BADAR 2012 iaitu: Rela Dididik Untuk Didik Orang Lain. Akhir kata dari Biro ICT, semoga program BADAR yang bakal dijalankan berjaya seperti yang dirancangkan.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...