2012-07-04

2 program 1 penghayatan: Israk Mikraj--->Nisfu Syaaban

4 Julai- INTEJ : Sambutan Israk & Mikraj dan Malam Nisfu Syaaban telah berjaya dilaksanakan anjuran BADAR INTEJ. Pada sebelah petang ceramah Israk Mikraj disampaikan oleh Ustaz Zulkifly B. Haron Imam Masjid Mahsan Bahau yang bertajuk " Menelusuri Sirah, Meneladani Ibrah". Walaupun hanya 1 jam masa diberikan pelbagai kisah dan pengajaran yang dapat di ambil antaranya ialah kisah Nabi melihat balasan Allah kepada orang yang membuat kemungkaran. Badar juga telah menyediakan kuiz bertulis Israk Mikraj kepada para pelajar. Manakala pada sebelah malamnya iaitu selepas maghrib telah diadakan bacaan Yasin sempena Nisfu Syaaban. Badar telah menjemput pengerusi Alumni InteJ iaitu Sdra Ahmad Helmi untuk mengetuai bacaan Yassin. Sdra Ahmad Helmi memberikan sedikit tazkirah mengenai peristiwa disebalik Nisfu Syaaban. Turut hadir guru-guru INTEJ bersama-sama membaca Yasin. Apa yang diharapkan dengan adanya program sebegini pelajar dapat memperingati peristiwa-peristiwa penting di dalam bulan Islam. Sekian

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...