2016-06-13

Program Ihya Ramadhan Tradisi INTEJ

INTEJ 14 Jun: Program Ihya Ramadhan merupakan program sinonim di INTEJ setiap tahun. Pada tahun ini, program Ihya Ramadhan ini telah dirasmikan oleh pengetua baru INTEJ iaitu Pn Roslina Bt Ahmad. Antara aktiviti yang dilakukan adalah solat tarawaih, Qiam, Ifthar Perdana, dan sebagainya. Petikan daripada ucapan perasmian tadi, beliau mengucapkan selamat menjalani puasa dan banyakkan bersedekah. Menurut beliau lagi..sedekah tidak hanya berbentuk wang, tetapi sedekah berbentuk membantu guru, menolong kawan, dan sebagainya. Ucapan beliau diakhir dengan gimik pelancaran tabung Ihya Ramadan yang disediakan oleh BADAR INTEJ 2016. Tahniah.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...