2010-03-23

Mantan BADAR SBPIJ melawat Sekolah?


Tahniah buat pelajar tingkatan 5 2009 telah berjaya meningkat nama SBP Integrasi Jempol kerana cemerlang dalam SPM tahun lalu. Untuk pengetahuan antum semua, SBP Integrasi Jempol mendapat tempat yang ke-13 SBP diseluruh Malaysia. Tahniah, Tahniah, Tahniah diucapkan. Tidak lupa juga mantan Presiden Saff Pimpinan BADAR 2009 sempat merakamkan tahniah kepada mantan Exco BAdar yang lain kerana cemerlang dalam SPM dan beliau berharap kepada Saff Pimpinan Badar 2010 mengingatkan supaya adik-adk exco BADAR 2010 perlu bijak membahagikan masa antara belajar dan aktiviti-aktiviti BADAR. Kita sebagai daie tidak boleh mengeluh sedikit pun apabila memikul sesuatu amanah. Apabila amanah yang kita pikul penuh amanah dan ikhlas, insyaAllah akan membuahkan kejayaan. Beliau kini melanjutkan pelajaran di Darul Quran. Kami Biro ICT Badar mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau dan rakan-rakan beliau dalam SPM 2009. Syabas BADAR kerana melahirkan pemimpin yang berjaya di dunia dan akhirat. Alhamdulillah.


dari kanan (Syazwan Mantan Naqib, Ayub Affandi Mantan Presiden Badar, Ustaz Umar GP Badar,Hazim Mantan Naqib, Amar Mantan Naqib)

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...