2010-04-04

KAPENA 2010






2 hingga 4 April, telah berlangsungnya satu program KAPENA iaitu Kem Kepimpinan Nuqaba' 2010 anjuran Biro Usrah & Ceramah (BADAR) SBP Integrasi Jempol. Program ini melibatkan seramai 66 Nuqaba' yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3,4,5 yang terpilih. Salah satu objektif utama program ini adalah mendedahkan nuqaba' dengan ilmu dakwah dan kepimpinan secara teori dan praktikal. Ini dapat memantapkan lagi perlaksanaan Usrah di SBP Integrasi Jempol dalam membentuk sahsiah pelajar.

Para Fasilitator yang terlibat dalam program ini dikalangan mahasiswa IPT dan juga merupakan bekas pelajar SBPIJ. Guru-guru juga memberikan sokongan padu kepada fasi-fasi dalam menjayakan program KAPENA ini. Perasmian pembukaan dan penutupan telah dirasmikan oleh Tn Haji Mukhtar Ab Rani dan Tn Hj Kamarularipin Jaffar. Kami biro ICT mengucapkan Tahniah buat Majlis Guru Penasihat dan Biro Usrah kerana berjaya melaksanakan program KAPENA 2010 kali ke-3 ini semenjak BADAR ditubuhkan. Mabruk...

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...