2010-05-06

Hari Ibu.... Bolehkah umat Islam meraikannya?



Sudah pasti semua orang sudah biasa dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010.

Manakala negara di Timur Tengah seperti Iraq, Oman, Jordan, UAE, Arab saudi, Kuwait, Sudan, Palestin, Mesir pula menyambutnya pada permulaan musim bunga iaitu 21 Mac sementara Hari Ibu di Indonesia ialah pada 22 Disember.

Sambutan hari ibu perlu menimbul isu satu ketika dulu kerana terdapat artikel dari wiki mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.

Namun demikian berdasarkan beberapa artikel yang penulis temui semasa mencari sumber mengenai kesahihan dan hukum sebenar mengenai sambutan hari ibu ni, penulis ada jumpa artikel dari mysuperkids.net yang menjelaskan bahawa :

Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada salahnya mengadakan sambutan Hari Ibu, atau hari2 lain selagi tidak bercanggah dengan syarak:

1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik2 sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibu ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.

sumber:http://myjazmanie.com

P/s dari Biro ICT BADAR: kalau rasa ianya memberikan manfaat kepada kita tak salah kalau kita meraikannya kerana apalah salahnya kita mengenang jasa ibu kita mendidik kita selama ini..Ini semua bergantung kepada niat kita..selamat hari Ibu untuk semua pelawat.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...