2010-07-23

MAJLIS PENYERAHAN KISMIS DAN BACAAN YASSIN







23 Julai 2010, Biro Akademik Ketua Pelajar (Pengawas) dengan kerjasama Saff Pimmpinan BADAR & UBK telah berjaya menganjurkan Majlis Penyerahan Kismis & Bacaan Yassin untuk pelajar-pelajar PMR & SPM pada tahun 2010. Program ini di adakan di tapak perhimpunan sekolah, pelajar dan guru membaca bersama mendoakan agar pelajar tahun 2010 ini dapat meningkatkan Gred Purata SBPIJ seperti tahun lepas. Mudah-mudahan program seperti ini menjadikan batu loncatan kepada pelajar supaya bersungguh-sungguh dalam menghadapi peperiksaan. Sepertimana selalu kita perkatakan, selain berusaha kita perlu berdoa (bertawakal kepada ALLAH). Biro ICT BADAR juga mendoakan agar abang-abang dan kakak-kakak SPM & Adik PMR berjaya di dunia dan akhirat. Akhir Kalam dari Biro ICT, semoga segala program ibadah yang dianjurkan mudah-mudahan mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T. Aminn

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...