2010-08-01

Kemunculan KERIS di SBPIJ.






30 Julai, Saff Pimpinan BADAR SBP Integrasi Jempol telah mengadakan program Ibadah iaitu Kem Remaja SOleh 2010 (KERIS). Program ini telah dikelolakan oleh Rakan BADAR tingkatan 4. Program ini berlangsung selama 3 Hari 2 Malam di Dewan Hamka SBPIJ. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah aktiviti jom bersuci, praktikal mandi wajib, bertayammum dan solat. Objektif utama program ini adalah mendedahkan tentang teori bersuci beserta praktikal. Selain Fasilitator yang mengajarnya, Guru-guru BADAR turut serta dalam sesi LDK. Majlis Perasmian Penutup KERIS dirasmikan oleh Tn Haji Kmarularipin Jaffar GPK 1 SBPIJ. Akhir kata, Biro ICT mengucapkan tahniah kepada Rakan BADAR Tingkatan 4 kerana berjaya menjalankan program KERIS yang pertama pada tahun 2010.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...