2013-06-25

TAHNIAH BADAR INTEJ: FesTNA Jemputan Kebangsaan

22 Jun 2013, SBP Integrasi Jempol: Majlis Pemimpin Badan Dakwah dan Rohani SBP Integrasi Jempol telah berjaya menjalankan program Festival Nasyid Jemputan Kebangsaan. Program ini merupakan salah satu perancangan BADAR 2013. Selain pertandingan nasyid, aktiviti lain juga diadakan seperti BADAR Masterchef, Marhaban dan Liga Dakwah Kreatif. Lima buah sekolah telah hadir dalam pertandingan tersebut yang melibatkan 3 buah negeri iaitu Pahang, Selangor, dan sekitar Negeri Sembilan. Program ini telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru INTEJ iaitu Tn Haji Othman bin Sulaiman. Pada sebelah malam pula, pihak BADAR telah menjemput kumpulan nasyid Devotees untuk menyampaikan beberapa buah lagu. Para pelajar INTEJ teruja dengan kehadiran kumpulan tersebut. Dengan adanya program FestNA ini disertakan dengan konsert Artis Devotees membuatkan pelajar INTEJ meminati lagu-lagu nasyid.

Tahniah di atas kejayaan BADAR INTEJ kerana menganjurkan program peringkat kebangsaan pertama dalam sejarah BADAR di INTEJ.
- Biro ICT 2013

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...