2014-04-22

BADAR pilihan INTEJ untuk dijadikan SHOWCASE SBT: Tahniah

BADAR atau Badan Dakwah & Rohani INTEJ telah dinobatkan Showcase SBT Sekolah pada awal tahun2014. Ini kerana BADAR telah membuat satu perubahan sehingga mampu menganjurkan program peringat Kebangsaan.

Menurut Ustaz Umar selaku guru BADAR;

" Alhamdulillah BADAR sekarang sudah mampu menguruskan program melalui pelajar. guru sebagai pemudah sahaja. Dulu guru berhempas pulas untuk menganjurkan program kerohanian, tetapi sekarang guru hanya perlu datang memantau sahaja dan pelajar adalah AJK program."

Pihak BADAR INTEJ berterima kasih kepada Pn Hajah Zainun Bt Abdullah serta warga INTEJ kerana telah memberi dorongan dan menyokong  BADAR INTEJ selama ini.

"Beri peluang orang lain untuk berubah"

Gambar ini diambil sempena Perasmian Bilik Showcase BADAR INTEJ 2014
Bilik Fizik bertukar Bilik BADAR

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...