2014-07-21

BADAR INTEJ raikan Pelajar-pelajar Istimewa di Bulan Ramadhan

Pelajar PPKI dan INTEJ sedang khusyuk mendengar ucapan guru

Ucapan perasmian disampaikan oleh YDP PIBG INTEJ

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas menyerahkan cenderamata terima kasih kepada
Guru Penolong Kanan 1 INTEJ

Sempat mengambil gambar kenangan bersama pelajar PPKI dan pelajar INTEJ


15 Julai, Bahau- Majlis pemimpin Badan Dakwah Dan Rohani dengan kerjasama Panitia Sivik SBP Integrasi Jempol (INTEJ) dan telah menganjurkan program Iftor bersama anak-anak Istimewa (IFMEWA 2014) di Kelab Era Golf & Country Resort. Program ini julung kalinya diadakan. Anak-anak istimewa tersebut adalah 20 pelajar program pembelajaran khas SMK Bahau yang dijemput khas. Objektif utama program ini diadakan ialah mengerat silaturahim antara pelajar INTEJ dan pelajar pendidikan khas seperti ini. Program ini turut dihadiri Yang Dipertua IbuBapa dan Guru INTEJ sekeluarga, para guru INTEJ dan para guru SMK Bahau. Program ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG INTEJ. Menurut ucapan beliau, beliau mengharapkan program ini dapat melibatkan lebih banyak sekolah-sekolah lain untuk masa akan datang. Pihak Badar INTEJ mengalung penghargaan kepada Individu-individu  dan Syarikat Ibnu Razak Education Centre turut menyumbangkan sebahagian perbelanjaan program.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...